- Bersihkan bahagian kulit yang ingin disapu dengan LumiGlow daripada sebarang kekotoran dan daki.
- Lembapkan bahagian kulit yang ingin disapu dengan tuala (jika bukan selepas mandi) sebelum sapuan untuk penyerapan krim yang lebih cepat dan sempurna.
- Tepukkan bahagian kulit yang telah disapu dengan tapak tangan untuk menggalakkan penyerapan.
- Sapuan sendiri adalah lebih digalakkan berbanding sapuan dari orang lain kerana LumiGlow juga banyak menyerap melalui tangan yang digunakan.
- Sebelum memulakan penggunaan LumiGlow, pastikan anda melakukan senaman bagi mengeluarkan peluh di seluruh badan dan minum sekurang-kurangnya 3 liter air mineral sehari bagi penggunaan LumiGlow di bulan pertama untuk membantu penyahtoksikan melalui najis dan perpeluhan. Jika anda tidak/kurang berpeluh, bahan kotor akan berkumpul dibahagian bawah kulit dan menjadikan kulit kusam serta terdedah kepada risiko penyakit. Langkah ini (mengeluarkan peluh & minum air mencukupi) sangat penting bagi mengelakkan penyaktoksikan berat berlaku melalui kulit yang memungkinkan bintik-bintik merah dan gatal (rashes).
- Wanita yang hamil dan menyusu boleh menggunakan LumiGlow tetapi disarankan untuk mengurangkan penggunaan atau berhenti sekiranya berlaku kesan terapeutik yang teruk.
Masa Penggunaan
- Saranan penggunaan adalah 2 kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan petang / malam.
- Untuk kesan yang lebih pantas, sapukan LumiGlow dalam tempoh 4 jam sekali.
Kadar Penggunaan
- Sapukan LumiGlow dalam kuantiti 1-2 sudu teh bagi setiap kawasan sapuan bergantung kepada keluasan kulit yang disapu. Kuantiti ini boleh dikurangkan menjelang bulan kedua dan seterusnya.
- Jumlah botol yang disarankan untuk kesihatan menyeluruh ialah 1 botol untuk seminggu bagi penggunaan bulan pertama (4 botol sebulan), 1 botol untuk 2 minggu bagi bulan kedua (2 botol sebulan) & 1 botol sebulan bagi bulan-bulan berikutnya. Kadar ini bagi membolehkan penyeimbangan hormon-hormon tubuh dan pembuangan toksin yang menyeluruh.
- Jumlah botol yang disarankan untuk penggunaan normal ialah 1-2 botol sebulan manakala penggunaan untuk mengekalkan kesihatan ialah 1 botol untuk 1-2 bulan.
- Penyakit-penyakit serius dan masalah kesuburan mungkin memerlukan kuantiti yang lebih.
- Nota : LumiGlow adalah produk yang terbukti berkesan dengan kadar penggunaan yang disarankan. Penggunaan pada kadar yang terlalu sedikit memungkinkan khasiatnya tidak cukup untuk memberikan kesan positif terhadap badan.
No comments:
Post a Comment