Friday, February 13, 2015

PUNCA DAN SIMPTOM 'DYSMENORRHOEA'

Assalammua'laikum dan salam sejahtera,
 
Post kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit yang mungkin anda biasa dengar atau alami tetapi tidak jelas apakah kesannya jika penyakit tersebut diabaikan.
 
 
'Dysmenorrhoea' atau lebih dikenali sebagai senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis (adalah di tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari, saluran falopio, dan pundi kencing) semasa datang haid. Ini mungkin lebih teruk pada 2 hari pertama haid. ia mungkin tidak dialami setiap kali datang haid.
 
Senggugut terjadi akibat penguncupan dinding Rahim yang amat kuat. ini bertujuan untuk mengeluarkan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding Rahim (selaput endometrium).
 
TERDAPAT 2 JENIS SENGGUGUT
 
1. Senggugut Primer
2. Senggugut Sekunder
 
1. Senggugut Primer
 
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
 
2. Senggugut Sekunder
 
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
SIMPTOM-SIMPTOM SENGGUGUT

Berikut merupakan simptom-simptom masalah senggugut:-

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  2.  
  3. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
  4.  
  5. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder.
  6.  
    a. Haid yang tidak tetap
    b. Kesakitan antara Haid
    c. Pendarahan bertambah banyak
    d. Lelehan dari faraj
    e. Kesakitan ketika melakukan seks
     
  7. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang 
  8. Loya dan muntah, cirit-birit.
KOMPLIKASI
 
Senggugut bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan semasa haid, untuk jangkamasa panjang ia boleh memberi masalah serius kepada fizikal & mental. Antara masalah yang mungkin terjadi sekiranya senggugut tidak dirawat diperingkat awal:-
 
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu

RAWATAN

  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  3. Pil perancang.
    Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    • Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    • Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    • Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
  4. Krim LumiglowMengandungi Diosgenin yang boleh berubah menjadi Hormon yang penting untuk keperluan badan kita seperti, Lutein, Testosteron, Cortisone dan sebagainya. Hormon-hormon tersebut kemudian digunakan untuk membantu proses metabolisme dan fungsi saraf di seluruh tubuh kita, disamping itu juga berfungsi untuk melambatkan proses penuaan yang berlaku pada organ-organ tubuh dan meningkatkan fungsi fisiologi.

    Selain dari itu, asid tanin dan alkaloid yang terkandung didalam Dioscorea Villain (Barbasco Villosa) befungsi untuk menyuburkan kelenjar endokrin yang utama, seperti kelenjar Tiroid, Adrenal, ovari dan testis, agar kelenjar-kelenjar tersebut berfungsi dengan normal. Badan kita akan bertambah aktif dan bertenaga jika Sistem Endokrin kita berfungsi dengan baik.
Berminat untuk mencuba atau ada sebarang kemuskilan?
Whatsup : 0146514654
krimlumiglow4u.blogspot.com
https://facebook.com/krimlumiglow4u

Friday, August 29, 2014

Perbezaan Fibroid, Cyst dan PCOS

FIBROID
Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahim. Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin.

Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati.Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun fibroid jarang memberikan masalah kepada kehamilan. Walaubagaimanapun masalah yang biasa timbul adalah apabila wanita hamil dan fibroid telah berpintal (torsion), dimana ia akan menyebabkan kesakitan yang keterlaluan.

OVARIAN CYST
Terdapat pelbagai jenis cyst, Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai Follicular Cyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

PCOS
´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.


Bagaimana produk ini dapat membantu pasangan yang mengalami ketidaksuburan ini, masih lagi menjadi misteri sains namun dipercayai disebabkan kandungan KRIM LUMIGLOW yang mempunyai bahan saponin diosgenin yang bertukar menjadi hormone progesterone dalam tubuh. Hormone progesterone pula amat penting dalam proses kehamilan. Di awal proses persenyawaan progesterone adalah tarikan utama bagi sperma untuk berenang merentasi laluan dalam rahim dan tiub fallopian, sebelum berlakunya persenyawaan. 
(Kiriman-Brown JC, Bray C, Stewart PM, Barratt CL, Publicover SJ (June 2000). "Biphasic elevation of [Ca(2+)](i) in individual human spermatozoa exposed to progesterone". Developmental Biology 222 (2): 326-35). 
—-—-—-—-—-—-—-—-—-—-—

Kami membantu wanita yang mengalami masalah

* Hormon tidak stabil
* Mengalami senggugut teruk
* Menghidap penyakit cyst ovari
* Menghidap penyakit fibroid
* Mengalami keguguran
* Sukar hamil



Saturday, March 29, 2014

PUNCA SUKAR UNTUK HAMIL ANAK KE-2

Selepas melahirkan anak pertama, ramai pasangan mengharapkan kehadiran anak kedua pula. Sayangnya penantian itu bagaikan satu penyeksaan apabila kehamilan yang dinanti tidak juga menjadi.

Mengapa sukar untuk hamil anak kedua ini terjadi? Kira-kira 60 peratus daripada wanita yang pernah hamil anak pertama atau lebih, berisiko mengalami ketidaksuburan sekunder. Risiko ketidaksuburan sekunder ini juga boleh berlaku kepada pasangan yang sihat dan tidak mengalami gangguan pada organ reproduktifnya.

Tanda-Tanda Ketidaksuburan Sekunder

Kesukaran untuk hamil anak pertama, kedua atau ketiga dan seterusnya boleh terjadi kepada pasangan pada usia reproduktif iaitu 20 ke 34 tahun malah yang telah melewati usia reproduktif iaitu lebih 35 tahun.

Punca ketidaksuburan skunder ini sebenarnya hampir menyamai ketidaksuburan prima atau ketidaksuburan yang berlaku kepada pasangan yang sukar untuk mendapat anak pertama. Sejak melahirkan anak pertama sehinggalah merancang untuk hamil lagi, banyak hal dan perubatan yang terjadi pada organ reproduksi anda mahupun pasangan. Perubahan itu mungkin menyebabkan gangguan kepada proses kehamilan.

Oleh sebab itulah, sebaik sahaja melahirkan anak pertama, pasangan perlu membuat perancangan jumlah anak dan jarak kelahiran antara anak pertama dan anak kedua. Tempoh yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan adalah antara 18 hingga 48 bulan.

Ibu hamil dan pasangan sebaiknya berwaspada dan segera mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini:

  • Anda dan pasangan masih dalam usia reproduktif, aktif hubungan kelamin kira-kira 2 ke 3 kali seminggu dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan. Tapi tidak juga hamil dalam waktu dua tahun.
  • Anda dan pasangan berusia 35 tahun atau lebih, aktif secara seksual dengan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan tetapi tidak juga hamil dalam tempoh 6 bulan.
  • Anda memiliki riwayat haid yang tidak teratur, sempat berhenti haid beberapa bulan malah berhenti haid sama sekali.
  • Anda pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali atau lebih.
  • Anda menderita penyakit keradangan pada rongga pinggul atau merasakan kepanasan membakar di daerah sekitar vagina dan keluar lendir berbau dari vagina.
  • Anda atau pasangan pernah mengalami penyakit jangkitan kelamin.
  • Anda dan pasangan pernah menjalani rawatan mengubati penyakit kanser.
  • Pasangan anda mengalami penurunan keghairahan seksual atau kesakitan waktu ejakulasi.

Jalani Ujian


Bagi mengetahui punca ketidaksuburan sekunder, doktor akan menjalani ujian untuk kedua-dua pasangan kelamin.

Ujian Untuk Isteri

Ujian darah dijalankan untuk mengukur sejumlah senyawa tertentu di dalam darah seperti hormon progestron yang diambil pada pertengahan kitaran haid, hormon gonadotropin untuk mengetahui sama ada wujud gangguan pada fungis ovari yang mengganggu produksi sel telur. Ujian prolaktin untuk mengetahui sama ada wujudnya gangguan atau tumor pada kelenjar pituitari iaitu hormon yang mengawal penghasilan air susu ibu.

Pemeriksaan perubatan untuk mengetahui sama ada wujudnya gangguan, kelainan penyumbatan atau ketidaknormalan yang berlaku pada pelbagai organ reproduksi. Misalnya penyumbatan pada saluran ovari yang menyebabkan sel telur matang tanpa dimasukki sel sperma. Ia dilakukan dengan Ultra Sono Grafi (USG) di sekitar vagina dan pemeriksaan rongga pinggul.

Pemeriksaan tambahan juga akan dilakukan berdasarkan ujian darah dan pemeriksaan perubatan sehingga punca yang lebih spesifik dapat diketahui.

Ujian Untuk Suami

Pemeriksaan sperma untuk menganalisis kauliti semen dan sperma termasuk mengetahui bentuk, ukuran, kemampuan gerakan sperma untuk berenang dan mencapai telur seterusnya disenyawakan.

Pemeriksaan organ reprodusi untuk mengetahui kemampuan testis menghasilkan sperma berkualiti yang baik, kemampuan penis berejakulasi dan ada atau tidak sumbatan pada saluran sperma. Pemeriksaan ini dapat dilakukan beberapa kali seiring dengan terapi yang dijalani.

Bagi mengatasi masalah ketidaksuburan sekunder dengan baik, anda dan pasangan perlu membuka minda dan menjalinkan komunikasi yang baik. Walaupun pada akhirnya anda berdua tidak juga memperoleh anak, cubalah mensyukuri si buah hati yang telah lahir sebelum ini dalam hidup anda berdua.

Friday, February 21, 2014

MORNING SICKNESS DAN CARA MENGATASI

Assalammua'laikum dan salam sejahtera,

Post kali ini saya ingin berkongsi mengenai penyakit yang popular terhadap ibu hamil iaitu "morning sickness".

Tidak ada yang tahu pasti apa yang menyebabkan loya semasa mengandung, tetapi ia mungkin beberapa gabungan banyak perubahan fizikal yang berlaku dalam badan anda.  

 Penyebab "Morning Sickness"

Korionik gonadotropin (hCG ): 

Hormon ini meningkat dengan cepat semasa awal kehamilan . Tiada siapa yang tahu bagaimana hCG menyumbang kepada loya, tetapi ia adalah suspek utama kerana masa yang tepat : Loya cenderung ke puncak pada masa yang sama seperti tahap hCG . Apatah lagi, keadaan di mana wanita mempunyai tahap yang lebih tinggi hCG, seperti membawa gandaan , dikaitkan dengan kadar yang lebih tinggi loya dan muntah-muntah.

Estrogen :

Hormon ini , yang juga meningkat dengan cepat pada awal kehamilan , adalah suspek lain. ( Ia mungkin bahawa hormon lain memainkan peranan juga.)

Rasa dipertingkatkan bau dan sensitiviti terhadap bau:

Ini bukan luar biasa bagi seorang wanita yang baru hamil berasa terharu oleh bau sandwich Bologna daripada empat kamar diri , sebagai contoh. Aroma tertentu serta-merta mencetuskan refleks lelucon . ( Sesetengah penyelidik berfikir ini mungkin hasil daripada tahap yang lebih tinggi estrogen, tetapi tidak ada yang tahu pasti. )

Perut:

Kawasan gastrousus sesetengah wanita hanya lebih sensitif kepada perubahan awal kehamilan. Selain itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita dengan bakteria perut yang dipanggil Helicobacter pylori adalah lebih cenderung untuk mempunyai rasa loya dan muntah-muntah yang teruk atau berpanjangan. Walaubagaimanapun, tidak semua kajian mengesahkan maklumat ini. 

 Walaubagaimanapun, kebanyakkan maklumat yang saya baca berpendapat "Morning Sickness" terjadi akibat dari ketidakstabilan hormon.


UJIAN KEHAMILAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kaedah dan alat penguji kehamilan.
Terdapat dua jenis ujian kehamilan; 
1. menggunakan sampel air kencing 
2. menggunakan sampel darah.

Kedua-dua ujian mengesan kehadiran hormon yang dipanggil gonadotropin korionik manusia ( hCG). Hormon ini dihasilkan oleh plasenta tidak lama selepas embrio melekat kepada lapisan rahim dan membina dengan cepat dalam badan anda dalam beberapa hari pertama kehamilan. Ia adalah peralihan ini pesat dalam hormon yang mencetuskan paling gejala kehamilan anda.

Ujian air kencing :

Ujian air kencing boleh dilakukan dalam dua cara yang berbeza dan ini boleh dilakukan di rumah atau di klinik. Salah satu cara melibatkan pengumpulan air kencing anda di dalam cawan dan mencelupkan alat penguji kehamilan (UPT)  ke dalam air kencing , atau meletakkan air kencing ke dalam bekas khas dengan penitis mata . Pilihan lain melibatkan meletakkan alat peenguji kehamilan (UPT) ke dalam aliran air kencing anda dan menangkap air kencing anda di pertengahan.

Ujian berbeza dalam berapa lama anda perlu menunggu untuk mendapat hasil. Anda akan mencari perubahan dalam warna, garis , atau simbol (seperti tambah atau tolak ). Ujian kehamilan digital baru yang ditawarkan oleh Clearblue Mudah membuat membaca keputusan anda mudah: tingkap sama ada akan menunjukkan perkataan "tidak mengandung" atau " mengandung" . Anda juga boleh mendapatkan disyorkan ujian air kencing pertengahan talian 


Semua alat UPTdatang dengan arahan , dan ia adalah penting bahawa anda mengikuti arahan ini untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Bila saya boleh mengambil ujian air kencing?

Kebanyakan doktor menyarankan agar anda tunggu sehingga hari pertama tempoh terlepas anda sebelum mengambil ujian air kencing kehamilan. Ini biasanya kira-kira dua minggu selepas persenyawaan. Walaubagaimanapun, beberapa ujian yang lebih sensitif daripada yang lain dan boleh diambil lebih awal.

Bagaimana tepat ujian air kencing ?

Ujian air kencing atau ujian kehamilan di rumah adalah sekitar 97 % tepat apabila dilakukan dengan betul .
Ujian kehamilan di rumah yang besar untuk digunakan kerana ia boleh dilakukan di rumah , mereka biasanya murah harganya ( mana-mana dari RM5 ke RM10) , swasta, mereka memberikan hasil yang cepat , dan mudah untuk digunakan. Walaubagaimanapun, jika dilakukan secara tidak betul atau diambil terlalu awal , hasilnya boleh tidak tepat.
Jika anda mendapat hasil yang negatif dan masih mempunyai tanda-tanda kehamilan (tempoh tidak dijawab, loya, payu dara dan keletihan) , tunggu seminggu dan mengambil ujian lain atau hubungi doktor anda supaya anda boleh mempunyai ujian darah dilakukan.


Ujian Darah:
Terdapat dua jenis ujian darah. Ujian darah kuantitatif mengukur jumlah sebenar hCG dalam darah, dan ujian darah kualitatif hCG memberikan jawapan mudah ya atau tidak sama ada anda hamil atau tidak.

Kelebihan mempunyai ujian darah dilakukan:

    Boleh mengesan kehamilan lebih awal daripada ujian air kencing pada kira-kira 7-12 hari dari konsep mungkin ( tetapi jika keputusan negatif diterima, ujian hendaklah diulangi jika tempoh yang tidak dijawab.)
    
Boleh mengukur kepekatan hormon hCG dalam darah anda (ini adalah maklumat yang berguna untuk pembekal penjagaan kesihatan anda dalam mengesan masalah tertentu dalam kehamilan)

Kelemahan menjalankan ujian darah:

Lebih mahal daripada ujian air kencing (harga bergantung pada kos lawatan doktor dan yuran makmal )
    Mengambil masa lama untuk mendapatkan keputusan
    
Mesti dilakukan di pejabat doktor

Thursday, January 23, 2014

APA ITU DUPHASTON?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Entry kali ini saya nak kongsi mengenai pil Duphaston. Saya ada terbaca ramai yang bertanya berkenaan fungsi dan kesan pil ini terutama kepada mereka yang diberikan pil Duphaston tanpa sebarang penerangan. Untuk makluman anda, saya bukanlah 'dealer' utk ubatan ini dan saya tidak bermaksud untuk membuat promosi. Saya cuma mahu kita semua mengetahui dan sedr apa yang diberi oleh doktor kepada kita.
 

 
Apa itu Duphaston?
 
Credit to: momssoliloquy.blogspot.com
 
Duphaston = Dydrogesterone 10mg
Merupakan Progesterone-Only Contraceptive Pill (POP) 

Dikilangkan oleh Abbot Healthcare
 
 Mempunyai 'selective pregestational acitivity' (aktiviti progesteron terpilih) pada system reproduktif wanita. Maka, ia tidak akan memberi kesan sampingan yg sama seperti POP yg lain.

Tiada pengaruh hormon estrogen, testosteron, dan steroid.
Tidak mempengaruhi suhu badan.



 
Untuk Siapa dan Cara Pengambilan
 
 
Masalah

Indikasi

Dos

Kekerapan

Tempoh

Dysfunctional uterine bleeding

Menghentikan pendarahan

10mg

2x/hari

5 - 7 hari

Mengatur kitaran haid

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

Secondary amenorrhea

(Haid terhenti beberapa minggu)

 

Mengatur kitaran haid

 

10mg

 

2x/hari

 

Hari ke-11 hingga ke-25

Premenstrual syndrome

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

Threatened abortion  (pendarahan di awal kehamilan)

40mg, kemudian 10mg setiap 8 jam, sehingga simptom berhenti

Keguguran berulang ('recurrent pregnancy loss')

10mg

2x/hari

Sehingga kandungan minggu ke-20

Endometriosis

10mg

2 -3x/hari

Hari ke-5 hingga ke-25

Dysmenorrhea

(Senggugut/'period pain')

10mg

2x/hari

Hari ke-5 hingga ke-25

Kitaran haid tidak teratur

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

Infertiliti akibat fasa luteal yang tidak teratur ('luteal insuffiency')

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

(sekurang2nya 3 bulan berterusan)

Hormone replacement therapy (untuk pesakit menopause)

10mg

1x/hari

14 hari terakhir rawatan estrogen
Perhatian:
  • Perlu diambil pada masa yang sama setiap hari
  • Jika tertinggal dos - ambil dengan segera
  • Jika tertinggal lebih dari 12 jam - tinggal sahaja dos utk hari itu
  • Untuk 2 - 3 kitaran haid terawal, ada kemungkinan berlakunya 'breakthrough bleeding' (maklumkan kepada doktor yg merawat)
  • Boleh diambil bersama/tanpa makanan
  • Simpan ubat di tempat kering, jauh dari cahaya
*Breakthrough bleeding = pendarahan berlaku di tengah2 kitaran haid


 
Dilarang bagi...
  • Alahan keapda progesteron
  • Pesakit kanser payudara dan genitalia (rahim dan ovari)
  • Darah haid yang tidak tetap yg tidak diketahui punca ('undiagnosed irregular vaginal bleeding')
  • Fungsi hati terjejas

Kesan ubat akan berkurangan sekiranya mengambil ubatan:
  • Anti-epileptik (ubat sawan)
  • Sesetengah antibiotik; anti-tibi
  • Sesetengah herba; gingko biloba
  • Anti-virus
 *Tiada bukti klinikal bahawa ubat ini memberi kesan kepada kandungan, penyusuan dan kesuburan

 
Kesan Sampingan
Kerap (common)
  • Sakit kepala, migrain
  • Rasa loya
  • Senak pada payudara
  • Haid tidak teratur (dos dan cara pengambilan perlu dilihat kembali)

Tidak kerap (uncommon)
  • Rasa murung, sedih
  • Pening
  • Muntah
  • Fungsi hati terjejas
  • Alahan kulit
  • Meningkat berat badan
Jarang berlaku (rare)
  • Hypersensitivity (alahan kepada progesteron)
  • Rasa mengantuk
  • Bengkak pada payudara 

Rujukan:
http://www.medicines.iehttp://www.mims.com




 jom like page https://www.facebook.com/krimlumiglow4u
-----------------------------------------------------------------------------
Kami membantu mereka yang mengalami masalah
           hormon tidak stabil
           mengalami senggugut teruk
           menghidap penyakit cyct ovari
           menghidap penyakit pcos
           menghidap penyakit fibroid
           mengalami keguguran
           sukar hamil