Saturday, December 14, 2013

HORMON

APA ITU HORMON?

Hormon adalah zat kimia yang dihasilkan tubuh secara semulajadi. Setelah dihasilkan, hormon akan dialirkan oleh darah menuju berbagai jaringan sel dan menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsinya masing-masing. Mungkin hormon yang terkenal banyak dihasilkan oleh kalenjar endokrin.

Tindakan hormon boleh termasuk rangsangan atau perencatan pertumbuhan, bermula atau menghentikan kematian sel, pengaktifan atau penindasan sistem imun, peraturan metabolisme, dan persediaan untuk aktiviti baru atau fasa hidup, atau pun pengeluaran dan pelepasan hormon lain. Hormon juga mengawal kitaran pembiakan hampir semua organisma dengan lebih daripada satu sel.

Contoh kesan hormon pada tubuh manusia:

1. Perubahan fizikal yang ditandai dengan tumbuhnya rambut di daerah tertentu dan  bentuk tubuh yang khas pada lelaki dan wanita (payudara membesar, lekuk tubuh  feminin pada wanita dan bentuk tubuh maskulin pada lelaki).

2. Perubahan Psikologi: Perilaku feminin dan maskulin, sensivitas, mood/suasana hati.

3. Perubahan Sistem Reproduksi: Pematangan organ reproduksi, produksi organ  seksual (estrogen oleh ovarium dan testosteron oleh testis).

Di sebalik fungsinya yang mengagumkan, hormon kadang kala menjadi tidak teratur yang menyebabkan pelbagai masalah. Misalnya kitaran haid yang tidak teratur atau jerawat yang tumbuh dengan banyaknya pada wajah. Hormon juga kadangkala membuat kita  gembira atau sedih tanpa sebab. Semua orang pasti pernah mengalami hal ini, terutama saat sebelum kedatangan haid.Yang pasti, setiap hormon memiliki fungsi yang sangat spesifik pada masing-masing sel sasarannya. Tidak hairan, satu jenis  hormon boleh memiliki aksi yang berbeza-beza megikut sel yang menerimanya saat dialirkan oleh darah.

Pada dasarnya hormon boleh dibahagikan menurut komposisi kandungannya yang berbeza-beza sebagai berikut:

  • Hormon yang mengandungi asid amino (epinefrin, norepinefrin, tiroksin dan  triodtironin).
  • Hormon yang mengandungi lipid (testosteron, progesteron, estrogen, aldosteron, dan  kortisol).
  • Hormon yang mengandung protein (insulin, prolaktin, vasopresin, oksitosin, hormon pertumbuhan (growth hormone), FSH, LH, TSH).

Hormon-hormon ini boleh dihasilkan secara sintesis. Hormon banyak digunakan sebagai ubat. Hormon yang biasa diberikan adalah estrogen dan progestagens, tiroksin dan steroid. Pesakit diabetes banyak menggunakan insulin.  
Hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone yang dibuat dalam bentuk pil ini merupakan bentuk utama kontrasepsi yang digunakan wanita seluruh.
Hormon-hormon ini boleh dihasilkan secara sintesis. Hormon banyak digunakan sebagai ubat. Hormon yang biasa diberikan adalah estrogen dan progestagens, tiroksin dan steroid. Pesakit diabetes banyak menggunakan insulin. hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron yang dibuat dalam bentuk pil merupakan bentuk utama yang digunakan wanita seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment