Assalammua'laikum dan salam sejahtera,
Post kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit yang mungkin anda biasa dengar atau alami tetapi tidak jelas apakah kesannya jika penyakit tersebut diabaikan.
'Dysmenorrhoea' atau lebih dikenali sebagai senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis (adalah di tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari, saluran falopio, dan pundi kencing) semasa datang haid. Ini mungkin lebih teruk pada 2 hari pertama haid. ia mungkin tidak dialami setiap kali datang haid.
Senggugut terjadi akibat penguncupan dinding Rahim yang amat kuat. ini bertujuan untuk mengeluarkan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding Rahim (selaput endometrium).
TERDAPAT 2 JENIS SENGGUGUT
1. Senggugut Primer
2. Senggugut Sekunder
1. Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
2. Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Berikut merupakan simptom-simptom masalah senggugut:-
- Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
- Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
- Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder.
- Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
- Loya dan muntah, cirit-birit.
a. Haid yang tidak tetap
b. Kesakitan antara Haid
c. Pendarahan bertambah banyak
d. Lelehan dari faraj
e. Kesakitan ketika melakukan seks
KOMPLIKASI
Senggugut bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan semasa haid, untuk jangkamasa panjang ia boleh memberi masalah serius kepada fizikal & mental. Antara masalah yang mungkin terjadi sekiranya senggugut tidak dirawat diperingkat awal:-
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur tergangguRAWATAN
- Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid. - Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan. - Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:- Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
- Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
- Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
- Krim LumiglowMengandungi Diosgenin yang boleh berubah menjadi Hormon yang penting untuk keperluan badan kita seperti, Lutein, Testosteron, Cortisone dan sebagainya. Hormon-hormon tersebut kemudian digunakan untuk membantu proses metabolisme dan fungsi saraf di seluruh tubuh kita, disamping itu juga berfungsi untuk melambatkan proses penuaan yang berlaku pada organ-organ tubuh dan meningkatkan fungsi fisiologi.
Selain dari itu, asid tanin dan alkaloid yang terkandung didalam Dioscorea Villain (Barbasco Villosa) befungsi untuk menyuburkan kelenjar endokrin yang utama, seperti kelenjar Tiroid, Adrenal, ovari dan testis, agar kelenjar-kelenjar tersebut berfungsi dengan normal. Badan kita akan bertambah aktif dan bertenaga jika Sistem Endokrin kita berfungsi dengan baik.
Whatsup : 0146514654
krimlumiglow4u.blogspot.com
https://facebook.com/krimlumiglow4u
No comments:
Post a Comment