:: Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary Syndrome?
:: Apakah puncanya?
:: Ciri-ciri ovari dalam ultrasound
:: Merawat polycystic ovari
:: Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
:: Meningkatkan kesuburan wanita.
:: Ubat subur Clomiphene
:: Ubat Metformine
:: Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Wanita
yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada
kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah
kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.
Polycystic
Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau
ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih
telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu
subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari
akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan
gangguan haid pada wanita tersebut.
Gejala
utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil,
mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah
tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid
yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang
bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.
Kejadian
penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke
taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan
mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?
TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan
dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan
sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah
beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang
berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu.
Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal
kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.
a. Berbagai Jenis Gangguan Haid
Tanda
yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid
dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali
sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya.
Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
b. Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese.
Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak
selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi
lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung
tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
c. Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita
pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang
jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan
sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana
selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic
ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2
atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan
yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.
d. Tumbuh rambut.
Setengah
wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh
misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada
kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon
lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering
berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon.
Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati
wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap
hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH –
tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah,
hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon
lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan
berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan
estrogen dalam darah wanita tersebut.
Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walaubagaimanapun faktor pemakanan
iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak
karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai
peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.
Faktor stress atau tekanan fizikal
dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan
rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara
dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan
dalam kejadian penyakit ini.
Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’
ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai
dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu
seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”.
Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang
telah terperangkap.
i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan
kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan
untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan
ataupun kemandulan.
ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
Dalam
merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan
ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan.
Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan
yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah
kurang daripada 60 kg.
Untuk
mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan
disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk
mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan
mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan
mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan
dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau
exercise yang sewajar.
Dari
segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering
dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat
seperti berikut.
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.
Respons
yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di
kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka
tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.
Walau
demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan
pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika
terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh
membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang
juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut.
Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan
menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan
kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
Sekarang
ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis
digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan
ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan.
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan
menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan
menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong
laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan
dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery.
Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50
hingga 60 peratus.
dipetik dari: blog dr. Hamid Arshat
Kami membantu mereka yang mengalami masalah
Kami membantu mereka yang mengalami masalah
- hormon tidak stabil
- mengalami senggugut teruk
- menghidap penyakit cyct ovari
- menghidap penyakit pcos
- menghidap penyakit fibroid
- mengalami keguguran
- sukar hamil
No comments:
Post a Comment